Jun
16
Kereta Sport dan Senaskah Al-Quran…
June 16, 2008 | |
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir
pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada
ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya,
seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak
bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti
kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan…
satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah
memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa
sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak
tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah
yang selama ini menjadi idamannya itu…
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak
yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan
itu yg kuhajatkan…
dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada
riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2
tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya….
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran
kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan.
..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja
mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta
tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah…bukan
al-Quran ni yang saya nak…katanya.
keras…al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…
Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg
dimilikinya….
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai
syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat…cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh… Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang
dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam
ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua
hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan
segala yg berkaitan perwarisan harta…
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke
banglo ayahnya…memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja
di bilik bacaannya… Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia
berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan
kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke
situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh
keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus
kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata
diselotepkan disitu…
Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam
sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli
pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. …air mata si anak
menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula
bertandang…
Namun semuanya sudah terlambat… Sekadar renungan bersama: berapa banyak
kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
“dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??
Buat renungan kiter bersamer…
Comments
1 Comment so far
Good words.